Posts

Showing posts from January, 2021

UNIT 1 - PENGHASILAN PROJEK

Image
Tugasan 1 (BACA & FAHAMKAN) Boleh baca di sini atau menggunakan buku teks RBT     Tugasan 2 Salin nota dalam buku tulis Sila ambil satu buku tulis pendek untuk mata pelajaran RBT Contoh buku tulis Tulis nama, kelas dan mata pelajaran REKABENTUK DAN TEKNOLOGI Salin nota di bawah, tangkap gambar, dan PM (Personal Message) kepada saya. Tajuk : Penghasilan Projek. 1) Polivinil klorida (PVC) PVC ialah sejenis bahan plastik yang ringan, keras, kukuh, mudah dilentur, kuat dan tahan lama. PVC juga tahan terhadap cuaca yang berbeza, penebat yang baik, legap dan boleh dilentur. PVC boleh didapati dalam bentuk rod berongga (paip), kepingan dan sebagainya. Terdapat pelbagai warna dan saiz PVC. 2) Perspeks Perspeks ialah sejenis bahan bukan logam yang ringan, keras dan tahan lama. Perspeks boleh didapati dalam bentuk kepingan, rod dan tiub pelbagai warna. Perspeks digunakan dengan meluas dalam penghasilan produk seperti : -papan tanda -pembuatan perabot  -plat nombor kenderaan. 3) Perbandingan